"Percayalah...!!! Tiada mana-mana Program Rm10 pun yang setanding dengannya"
Sunday, January 25, 2009
Meletop!!!! Program Baru Yang Melampau Hebat
Monday, January 5, 2009
KUASA MINDA POSITIF
Minda dan kebolehan berfikir adalah anugerah yang tidak ternilai kepada setiap manusia. Kebolehan berfikir inilah yang membezakan manusia dari haiwan yang tidak mampu untuk berfikir.
Sedarkah anda bahawa minda dan fikiran kita memiliki kuasa yang hebat? Jika anda menyedari akan hal ini, sudah tentu anda akan mula memprogramkannya untuk anda menuju kejayaan. Kekuatan minda dan fikiran merupakan kekuatan mereka yang telah berjaya menjadi jutawan pada hari ini. Hal ini menjadi asas pemikiran mereka dalam memperkasakan kewangan diri dan keluarga masing-masing. Mereka percaya yang kekuatan fikiran yang positif mampu untuk membantu mereka dalam mencari peluag dan membina kejayaan dalam kehidupan.
Berikut adalah di antara kepercayaan yang menghalang anda untuk mencapai kejayaan:
1. Orang akan dengki apabila aku mencapai kejayaan.
2. Wang adalah punca kejahatan.
3. Bukan senang nak berjaya dalam hidup. Aku kena bersusah payah.
4. Hanya orang kaya boleh jadi kaya.
5. Duit cepat habis dan susah dijaga.
6. Duit tidak pernah cukup. Buat apa mahu cari?
7. Kejayaan perlukan persaingan dengan orang lain. Aku sudah tentu kalah.
8. Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan.
9. Duit akan datang sendiri pada aku.
10. Aku tak mampu untuk berjaya macam orang lain.
Kepercayaan-kepercayaan seperti inilah yang akan menghalang anda dari menuju kejayaan. Sebenarnya kepercayaan-kepercayaan ini datangnya dari pemikiran kita sehari-hari. Dan hal inilah yang melemahkan minda kita untuk berfikir secara positif.
Albert Einstein pada waktu kecilnya adalah seorang yang dianggap paling bodoh di sekolahnya sehinggakan pihak sekolah menghantar surat kepada ibu bapanya agar tidak menghantarnya ke sekolah lagi kerana ditakuti kebodohannya akan menyebabkan reputasi sekolah tersebut merosot. Namun dengan sikap positif yang dimilikinya, Albert Einstein merupakan seorang saintis agung yang dikenali ramai sehingga ke hari ini.